ASAS SENI REKA A. UNSUR SENI 1. Garisan - Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu - Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.
Contoh-contoh Garisan Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual. Pengenalan Garisan 1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan. 2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek. garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam
menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki
dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam 3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia. i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia: Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya.
garisan pada anyaman tikar garisan pada bangunan ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi: Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya
jenis-jenis garisan Fungsi Garisan 1. Garisan menimbulkan rupa. 2. Garisan menimbulkan bentuk. 3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang. 4. Garisan mewujudkan ruang. 5. Garisan menghasilkan jalinan. 6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak. 7. Garisan mewujudkan ton. 8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap. 2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap. 3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan. penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan dekat.hadapan perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan dsb. b- Rupa organik – rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb.
-Rupa boleh diolah dalam bentuk: a- Rupa positif – rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan b- Rupa negative – ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.
Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa rupa B. Jenis-jenis Rupa Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Rupa Geometri
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.
dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu
rupa geometri rupa geometri 2. Rupa Organik
Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
Dihasilkan secara sepontan
rupa organik rupa organik C. Rupa Positif dan Rupa Negatif
Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.
rupa positif rupa negatif
D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak
Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).
Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.
Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.
Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak 1. susunan selang-seli 2. Susunan turun separa 3. Susunan batu-bata 4. Susunan orgee 5. susunan cerminan 6. Susunan sisik ikan
E. Rupa dan Lambang / logo
Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.
Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.
lambang yang dihasilkan daripada rupa bunga dan daun logo simbol daripada rupa mata logo daripada huruf jenis logo huruf logo jenis representasi F. Rupa dan Muka Taip
Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).
perbezaan rupa muka taip serif dan san serif muka taip serif muka taip san serif muka taip hiasan
3. Bentuk - Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan
- Terdapat 2 jenis bentuk iaitu: a- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar) b- Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.
Contoh-contoh Bentuk penghasilan bentuk melalui teknik lukisan bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan
1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D) 2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik. 3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna. 4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata. Ciri-ciri bentuk 1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman
2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna
3. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan 4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang Jenis-jenis Bentuk
A. Bentuk Konkrit 1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut. 2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata) 3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya. bentuk konkrit - meja bentuk konkrit - bola
4. Jalinan - Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda - Terdapat 2 jenis jalinan iaitu: a- Jalinan sentuh – jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan teknik impasto b- Jalinan tampak – jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.
LUKISAN PERSPEKTIF Ruang dan Perspektif 1. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh. 2. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif. 3. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis. 4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara
a. Perspektif 1 titik lenyap b. Perspektif 2 titik lenyap c. Perspektif 3 titik lenyap
Panduan menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap Perspektif 1 titik lenyap berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang. Objek akan menjadi besar apabila hampir dengan kita.
B. Jenis-jenis Rupa Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Rupa Geometri
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.
dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu
rupa geometri rupa geometri 2. Rupa Organik
Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
Dihasilkan secara sepontan
rupa organik rupa organik C. Rupa Positif dan Rupa Negatif
Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.
rupa positif rupa negatif
. Rupa dalam Aktiviti Mencorak
Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).
Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.
Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.
Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak 1. susunan selang-seli 2. Susunan turun separa 3. Susunan batu-bata 4. Susunan orgee 5. susunan cerminan 6. Susunan sisik ikan
. Rupa dan Lambang / logo
Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.
Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.
lambang yang dihasilkan daripada rupa bunga dan daun logo simbol daripada rupa mata logo daripada huruf jenis logo huruf logo jenis representasi F. Rupa dan Muka Taip
Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).
perbezaan rupa muka taip serif dan san serif muka taip serif muka taip san serif muka taip hiasan
3. Bentuk - Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan
- Terdapat 2 jenis bentuk iaitu: a- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar) b- Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.
Contoh-contoh Bentuk penghasilan bentuk melalui teknik lukisan bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan
1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D) 2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik. 3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna. 4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata. Jalinan Apa Itu Jalinan 1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain. 2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza. 3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri. jalinan pada keratan rentas batang pokok jalinan pada kulit harimau belang jalinan pada kulit siput Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi rekahan pada tanah jalinan kasar pada permukaan batu jalinan berduri pada kulit durian Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia jalinan pada langit-langit rumah Jenis-jenis Jalinan 1. Jalinan Sentuh a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya Jalinan Sentuh - kulit kerang Jalinan Sentuh - tayar motorsikal 2. Jalinan Tampak merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya. Jalinan Tampak - kertas dinding Jalinan Tampak - kulit tembikai Fungsi Jalinan 1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang jalinan pada kuda belang jalinan pada sesumpah 2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut tapak kasut 3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding corak 4. Pengaliran air dan udara jala ikan Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak gosokan teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan. capan kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas. ikat dan celup menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki pualaman menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut. batik Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya lukisan dan catan menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan Sentuh anyaman penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya tenunan jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh sulaman semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh kolaj merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain